Owner Post Them Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;

Bonjour!


welcome to my blog
catch me if you can
unbelievable dreams

Tagboard

⊰HOLLA !!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[POST CODE. WIDTH 219 HEIGHT 100]
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

rahsia tarikh lahir anda . jum bace ^_^

haaa . entry kali ni tentang rahsia tarikh lahir ..
tarikh lahir pon mempengaruhi personaliti diri kita taw ..

nak tahu dengan lebih lanjut .. jom bace ..
zassssssssssss .. ^_^

1hb , 10hb, 19hb, 28hb (mana2 bulan) , anda adalah NO.1 
anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus terang, kuat cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah mahu berada bawah pimpinan orang lain. anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. malah anda juga akan menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. anda seorang yang yang kuat belanja. pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. anda mempunyai keluarga yang bahagia. pasangan ideal anda adalah no 4, 6, 8

2hb, 11hb, 20hb, 29hb (mana2 bulan) anda adalah no.2
tak kira apa pun, anda akan disukaioleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang sukakan bulan. emm..bagus ! anda suka bermimpi siang. anda kurang berkeyakinan terhadap diri sndiri. jadi anda perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi anda mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cintakan keamanan. anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. pasangan ideal anda ialah no 2,5,9

3hb, 12hb, 21hb, 30hb (mana2 bulan) anda adalah no.3
anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi kesabaran anda. anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. daripada hari lahir anda, anda perlu bekerja keras untuk berjaya. anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. pasangan ideal anda ialah no 6, 9

4hb, 13hb, 22hb, 31hb (mana2 bulan) anda adalah no.4
anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata2 anda. anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. anda akan membantu ahli keluarga atau kawan2 yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. anda kena berhati2 dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. kawan2 anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi anda apabila anda dan tak ada nilai buat mereka lagi. walaubagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. pasangan ideal anda ialah no 1,8

5hb, 14hb, 23hb (mana2 bulan) anda adalah no.5
anda sangat popular dalam komuniti. anda boleh menyelesaikan perkara hanya secara lisan. anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. namun anda terlalu terburu2. anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan2 dan ahli keluarga. kawan2 dan ahli keluarga anda juga akan meminta bantuan daripada anda apabila mereka memerlukan bantuan. anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. anda suka perubahan dan kebebasan. anda mempunyai ciri2 seorang pengembara dan ahli silap mata. anda mempelajari hidup melalui pengalaman. pasangan ideal anda ialah no 1, 2, 9

6hb, 15hb, 24 (mana2 bulan) anda adalah no.6
anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. anda tidak pedulikan apa2 perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. anda seorang genius, baik hati (tapi hanya org yg beraggapan anda org baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. semua benda yang baik akan datang pada anda. anda mengambil berat ke atas ahli keluarga anda dan kawan2. pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil, saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. pasangan ideal anda ialah no 1,3,9

7hb, 16hb, 25hb (mana2 bulan) anda adalah no.7
anda mempunyai daya tarikan kpd sesiapa saja. anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni, dan nyanyian. anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang2 mengabaikan kebahagiaan diri sendiri. anda telah dilahrikan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat menggembirakan org lain. pasangan ideal anda ialah no 2

8hb, 17hb, 26hb (mana2 bulan) anda adalah no.8
anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. kepakaran anda hanyalah menunding jari pada sesuatu benda. anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. anda memperjuangkan keadilan. kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama2 dengan kawan2. anda seorang yang berdisiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. faktor2 ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus ! pasangan ideal anda ialah no 2,4

9hb, 18hb, 27hb (mana2 bulan) anda adalah no.9
anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. anda juga seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. anda merupakan model teladan kepada orang lain. pasangan ideal anda ialah no3,5,6



haaaa .. tengok tuh . macam best jer ..
wawa lahir 8 hb .. tengok laa . pasangan ideal ialah 4 ..
ehem ehmm .. hubby I numb 4 taw !!! ..
hehe .. ^_^